LATEST NEWS

COMPANY ANNOUNCEMENT EVERY WEEK AKTIVITIES (BOP)

AKTIVTI MINGGUAN:

1) Setiap selasa: Bangi (Berhadapan Econsave). No 25-2, Jalan Reko Sentral 4, Jalan Reko, 43100, Bangi Selangor. (0132196789 - Ust Drs Mohamad Nazir)

2) Setiap Rabu: Service Centre Klang. No 11A, Kristal Klang Commercial Centre, 1B/KU3 Jalan Harmoni, Jalan Batu Belah, 41050 Klang Selangor.

PERHATIAN: Kepada Stokis dan leader2 yang berminat membuat majlis penerangan adalah amat dialukan. Hubungi Encik Rosman 0139276806 untuk mengelak pertindihan jadual.Harap maklum dan terima kasih

Thursday, February 16, 2012

Tuesday, February 14, 2012

PROSTAT


ProstatApa itu prostat ?
Prostat ialah kelenjar seks bagi lelaki. Bagi lelaki dewasa, kelenjar ini biasanya hampir sama besarnya dengan biji walnut. Kedudukannya di bawah pundi kencing, di pangkal zakar dan di hadapan rektum. Prostat mengeluarkan sebahagian cecair dalam air mani lelaki. Prostat mempunyai lubang sempit ditengahnya. Tiub (uretra) yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing (bladder) melalui lubang ini hingga ke hujung zakar.
Fungsi Kelenjar Prostat: Prostat membantu untuk mengawal aliran air kencing. Dalam kegiatan seksual, vesikel seminalis yang melekat pada prostat menghasilkan protein yang bercampur dengan cecair prostat yang membentuk air mani. Saluran dari testis membawa sperma ke prostat di mana sperma dicampur dengan cecair vesikel seminalis dan prostat. Cecair ini ejakulasi saat orgasme melalui saluran ejakulasi yang disambungkan ke uretra. Bagaimanakah saya tahu jika saya ada masalah prostat ?
Masalah prostat adalah biasa bagi lelaki apabila umur mereka meningkat (45 tahun ke atas). Anda mungkin mengalami masalah semasa kencing. Anda mengalami beberapa atau semua perubahan yang berikut:
* Sukar mengeluarkan air kencing terutamanya dalam keadaan terkejar-kejar.
* Sukar untuk menghentikan aliran air kencing.
* Mengambil masa lama kerana aliran air kencing lemah atau sering terhenti.
* Air kencing masih menitis walaupun sudah selesai membuangnya.
* Sering berasa hendak kencing di waktu siang.
* Sering bangun malam untuk kencing.* Sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa apabila hendak kencing. * Berasa tidak puas kencing, sakit atau pedih semasa kencing.* Kadang-kadang ada darah didalam air kencing. Keadaan ini memerlukan pemeriksaan doktor. Apakah yang menyebabkan masalah ini ? Biasanya prostat lelaki mengalami tahap bengkak yang berlainan selepas umur 35 tahun. Lapan (8) daripada sepuluh (10) kes yang berlaku adalah kerana prostat menjadi bengkak. Prostat yang bengkak ini menekan uretra. Masalah ini dikenali sebagai Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) dan ia disebabkan oleh perubahan hormon di dalam prostat.
Masalah ini dialami oleh hampir separuh daripada lelaki yang berumur 45 tahun ke atas dan ia tidak menyebabkan kanser. Ada kalanya prostat menjadi bengkak disebabkan oleh jangkitan yang dikenali sebagai Prostatitis yang mempunyai simptom yang sama dengan BPH. Masalah ini selalunya dialami oleh lelaki yang lebih muda. Kurang daripada seorang dalam sepuluh lelaki yang mempunyai masalah prostat akan mendapat kanser prostat.
Perlu diingat- kebanyakan masalah prostat bukanlah kanser, dan kebanyakannya boleh dirawat. Apakah tindakan doktor? Doktor akan terlebih dahulu mencari punca masalah ini. Beberapa ujian perlu dilakukan termasuk: Pemeriksaan Rektum Doktor akan memasukkan jari yang bersarung ke dalam rektum untuk merasai saiz, bentuk dan tekstur prostat anda.
Ujian Prostate Specific Antigen (PSA) Ini adalah ujian darah untuk melihat PSA yang dikeluarkan oleh prostat. Jika bacaannya tinggi, anda mungkin mengalami kanser prostat - tetapi doktor perlu melakukan beberapa ujian lain untuk memastikan masalah tersebut. Biopsi Jika hasil ujian PSA dan pemeriksaan rektum anda tidak normal, doktor mungkin akan merujukkan anda kepada doktor pakar (pakar urologi).
Doktor pakar mungkin akan mencadangkan supaya anda mengambil ujian biopsi. Dalam ujian ini, pengesan ultrasound diletakkan di bahagian rektum untuk mencari kawasan yang tidak normal pada prostat. Contoh atau sampel daripada prostat (selalunya 6 atau lebih) diambil dan dihantar untuk dilihat dibawah mikroskop. Prosedur ini selalunya tidak menggunakan bius. Doktor akan memberi keterangan tentang prosedur ini. Biopsi adalah kaedah utama untuk mengetahui jika anda mengalami kanser prostat. Biopsi akan memberikan petunjuk atau indikasi bagaimana kanser tersebut boleh merebak dan kadar bahaya kanser tersebut (keagresifan).
Ini dapat membantu untuk memilih kaedah rawatan. Apakah kaedah rawatan masalah prostat dan kanser prostat? Kaedah rawatan bergantung pada punca masalah dan tahap bahaya. Doktor akan memberi nasihat apakah tindakan terbaik yang perlu anda ambil. Jika prostat anda bengkak, ini tidak semestinya anda menghidap kanser. Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) Masalah ini dapat diatasi dengan ubat atau pembedahan. Ubat dapat menukar tahap hormon, merelakskan atau mengecutkan prostat supaya ia tidak menekan uretra.
Anda mungkin perlu mengambil ubat untuk beberapa bulan sebelum simptom masalah tersebut berkurangan. Anda perlu terus mengambil ubat sehingga simptom dapat dikawal dan perlu mendapat pemeriksaan doktor. Pembedahan mungkin dilakukan untuk membuang sebahagian daripada prostat supaya ia tidak lagi menekan uretra. Rawatan laser atau gelombang mikro juga mungkin digunakan. Prostatisis Selalunya prostatisis dirawat dengan antibiotik. Anda perlu mengambil antibiotik selama beberapa bulan.
Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan untuk menghalang prostat yang bengkak daripada menekan uretra. Kanser prostat Kadangkala kanser prostat tidak memerlukan rawatan. Doktor akan sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti perubahan yang berlaku. Rawatan akan dicadangkan apabila sel kanser telah merebak. Rawatan akan bergantung pada sejauh mana kanser telah merebak, umur dan tahap kesihatan pesakit.
Jika sel kanser tidak merebak, pesakit mungkin akan menjalani pembedahan untuk membuang prostat ataupun radioterapi untuk membunuh sel kanser. Radioterapi boleh diberi melalui mesin (radioterapi sinaran luaran atau external beam radiotherapy) ataupun melalui pembedahan, apabila sumber radiasi diletakkan di bahagian yang hendak dirawat (brakiterapi). Jika sel kanser telah merebak, pesakit mungkin menjalani rawatan hormon untuk mematikan sel kanser ataupun melemahkan sel tersebut. Sesetengah pesakit menjalani rawatan hormon untuk mengecutkan sel kanser sebelum menjalani rawatan brakiterapi.
Terdapatkah komplikasi rawatan? Pembedahan dan radioterapi untuk kanser prostat ada tiga komplikasi utama. Pertama, selalunya pesakit tidak lagi mengalami ereksi atau ketegangan zakar (mati pucuk) selepas pembedahan. Ini adalah disebabkan saraf yang menyebabkan ereksi melalui prostat. Dalam beberapa kes, agak sukar untuk mengelakkan daripada merosakkan saraf tersebut kerana kedudukan kanser. Kedua, selepas pembedahan, sesetengah pesakit mungkin akan kehilangan daya mengawal air kencing kerana otot dikeliling prostat telah rosak. Ketiga, rawatan radioterapi kadangkala akan menjejaskan usus. Pesakit mungkin mengalami cirit-birit semasa rawatan atau kerosakan usus yang memerlukan rawatan.
Masalah PE & ED PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu.
Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat. Menurut pakar sosiologi University of Chicago, Edward Laumann, penyelidik utama dalam kajian seks menyeluruh di Amerika Syarikat (AS), seramai 31 peratus lelaki dan 43 peratus wanita mengalami suatu bentuk disfungsi seks. Satu masalah khusus yang dialami sehingga 30 peratus lelaki Asia pada suatu peringkat kehidupan mereka ialah ejakulasi pramatang (PE).
Ia ditakrifkan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa utama sebagai:
* Ejakulasi berulang atau berterusan yang berlaku dengan sedikit rangsangan sama ada sebelum, semasa atau sejurus selepas memasukkan zakar ke dalam vagina.
* Kegagalan mengawal atau melengahkan ejakulasi.
* Menimbulkan kesan negatif terhadap lelaki seperti rasa resah atau terganggu.
Ejakulasi pramatang ialah masalah perubatan umum yang dialami oleh semua lelaki di suatu peringkat dalam hidup mereka. Malah, disfungsi seks ini kurang dilaporkan, kerana lebih banyak perhatian diberikan kepada mati pucuk (ED). Justeru tidak hairanlah jika kaum lelaki keliru dengan kedua-duanya. Ejakulasi Pramatang tidak sama sekali seperti mati pucuk (ED).
Menurut kajian yang dikendalikan baru-baru ini, iaitu Tinjauan Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Pramatang di Asia Pasifik (AP PEPA) membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual, sehingga 35 peratus daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE dan ED adalah sama. Sebahagian besar responden Malaysia percaya kedua-dua masalah boleh dirawat dengan ubat yang sama.
Hakikatnya kedua-duanya tidak sama dan perlu dirawat dengan ubat yang berbeza! Di Malaysia saja, 29 peratus daripada lelaki mungkin menghidap PE. Sebenarnya PE merujuk kepada ejakulasi terlalu cepat sedangkan ED merujuk kepada masalah tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar. Kedua-duanya adalah keadaan berbeza dan kita tidak harus keliru dengannya! PE sebenarnya masalah umum yang dialami oleh kebanyakan lelaki di suatu peringkat dalam kehidupan mereka.
Ini berbeza dengan ED yang biasanya dialami oleh lelaki yang lebih tua. Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa kehilangan ereksi atau ketegangan selepas ejakulasi adalah perkara biasa dan mungkin mengadu mengalami ED sedangkan masalah sebenar ialah PE. Walaupun semua orang tahu cara untuk merawat ED ialah dengan mengambil pil biru, anda memang tidak boleh merawat PE dengan mengambil pil untuk rawatan ED dan mengharapkan keberkesanannya. Anda juga tersilap jika anda fikir PE akan hilang seiring dengan usia.
Ini kerana ia mungkin kekal sepanjang hayat! Sementara itu, PE, walaupun boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti masalah kelenjar tyroid atau prostatic inflamasi pada prostat dan urethra, juga disebabkan oleh faktor mental dan fizikal. Ini termasuk keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak, keresahan atau kemurungan. Selain itu, lelaki yang menghidap PE kemungkinan lebih besar melaporkan disfungsi lain seperti ED, kegagalan mencapai orgasma (kemuncak syahwat) dan nafsu seks yang rendah.
Berikut adalah jadual ringkas yang menyenaraikan perbezaan utama antara kedua-duanya:
Ejakulasi Pramatang
*Hubungan seks berakhir dengan pantas.
*Masalah umum dan dialami lelaki di satu peringkat dalam kehidupan - tidak bergantung pada usia àKurang didiagnos, kurang dilaporkan.
*Boleh dirawat dengan ubat PE, psikotherapi, kaunseling dan amalan tingkah laku. Disfungsi Erektil
*Tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar àDialami kebanyakan lelaki lebih lanjut usia yang berumur lebih 45 tahun.
*Profil tinggi, mendapat liputan lebih luas àBanyak terapi yang sudah mantap, cth implan, supositori, ubat oral dan terapi suntikan.